fbpx

Ramai dilema bila mahu balik beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai mula dilema bilakah hari yang sesuai untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan keadaan lalu lintas yang dijangka akan sesak teruk berikutan orang ramai mahu pulang ke kampung masing-masing.

Selain itu, ada juga pengguna media sosial yang berkongsi tips sekiranya berdepan dengan kesesakan lalu lintas semasa pulang beraya nanti.

“Jadi kalian balik kampung hari apa? Nak cakap kekal tabah siap-siap kepada yang balik naik kereta hari Jumaat, Sabtu, Ahad,” ciap seorang pengguna Twitter, @brgsjks.

“Jumaat petang lepas kerja baru balik dari Pulau Pinang ke Kedah. Walaupun dekat tapi kena siapkan mental fizikal juga nak hadap ‘jem’,” kongsi Aina.

“Balik malam Sabtu, belum gerak lagi tapi dah terbayang-bayang kesesakan jalan,” kata Amy.

“Pertama kali nak balik beraya kampung suami di Kelantan. Teruja terutama sekali nak menghadap kesesakan sebab saya dan keluarga semua menetap di Selangor, jadi tak pernah ada pengalaman langsung balik kampung. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik!,” kata Fatin.

“Senang nak elak jem ini mulakan perjalanan lepas sahur, awal pagi biasanya tak banyak kereta. Bagi yang perempuan kalau tak boleh puasa, jangan lupa siapkan makan minum dalam kereta,” kongsi Alia.

“Masa tersangkut dalam kesesakan nanti jangan lupa berbual dengan orang lorong sebelah,” seloroh Ndxra.

Terdahulu, kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Aidilfitri tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI