fbpx

Presiden MBM dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Dasar Luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kanan) menyerahkan watikah pelantikan sebagai ahli CCFP kepada Mohd. Izzat Afifi di Putrajaya semalam. - FOTO: IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang baharu, Mohd. Izzat Afifi Abd. Hamid dilantik secara rasmi sebagai ahli Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP).

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, pelantikan itu dibuat dengan mengambil kira pengalamannya yang berupaya menyumbang ke arah proses penggubalan polisi awam.

“Dasar Luar Negeri pada ketika ini perlu pragmatik serta berdaya tahan bagi menghadapi cabaran semasa serta mewakili suara golongan belia,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Izzat Afifi yang juga Tokoh Anugerah Perdana Belia Negara 2020 sebelum itu ialah Naib Presiden MBM, mula menggantikan penyandang sebelumnya, Jufitri Joha akhir bulan lepas.

Beliau ketika ini masih lagi berkhidmat sebagai Presiden Majlis Belia Negeri Pahang bagi sesi 2020-2023 dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pelantikan tersebut ujar beliau, dilakukan sebelum mesyuarat CCFP mula bersidang buat kali pertama untuk tahun ini di Wisma Putra semalam dengan sesi itu berlangsung secara hibrid.

Ia jelas beliau, susulan seramai sembilan ahlinya telah pun hadir secara fizikal manakala baki enam lagi ahli telah menyertai mesyuarat berkenaan secara maya atas sebab yang tertentu.

Pada mesyuarat tersebut, dua timbalan ketua setiausaha dari Kementerian Luar hadir menyertai sesi mesyuarat sebagai ahli ad-hoc bagi membincangkan isu-isu berkepentingan tertentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI