fbpx

Budak 11 tahun selamat tanah runtuh selepas berlindung dalam peti sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasuka penyelamat mengangkut peti sejuk yang digunakan kanak-kanak itu untuk berlindung daripada tanah runtuh. - Coconut News

MANILA – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun berjaya menyelamatkan diri semasa rumahnya tertimbus dalam bencana tanah runtuh dengan bersembunyi di dalam peti sejuk, lapor laman Coconut news semalam.

Tanah runtuh disebabkan Ribut Tropika Agaton itu melanda daerah Kantagnos dalam wilayah Leyte pada 15 April lalu.

Pihak berkuasa tempatan berkata, mereka menemui budak lelaki itu terbaring di dalam peti sejuk semasa operasi menyelamat.

Dia  dilaporkan berada di rumah bersama keluarganya apabila kampung mereka dilanda tanah runtuh.

Menurut laporan,  budak  itu mengalami patah beberapa  tulang tetapi semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital.

Menurut akhbar tempatan, bapa saudara mangsa, Juanito Orellano berkata bahawa seorang lagi saudaranya cuba menyelamatkan kanak-kanak itu tetapi mangsa menyuruhnya beredar kerana tanah runtuh semakin menghampiri mereka.

Kanak-kanak itu bertindak pantas dengan  bersembunyi di dalam peti sejuk sebagai ikhtiar terakhir untuk berlindung daripada malapetaka itu.

Orellano berkata, ibu bapa kanak-kanak tersebut terbunuh akibat tertimbus di dalam tanah runtuh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI