fbpx

Keluar lesen khas ‘car pool’ balik raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan pihak berkuasa mengeluarkan lesen khas bagi pemandu yang ingin membuat perkhidmatan kongsi kereta atau ‘car pool’ bagi menampung kekurangan pemandu bas.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, usaha itu mampu mengatasi masalah kekurangan pemandu bas selain memberi peluang orang ramai pulang beraya di kampung sekiranya tiada kenderaan sendiri.

“Mungkin boleh beri lesen khas kepada mana-mana pemandu yang ingin buat car pool beri orang lain tumpang pulang ke kampung yang sama negeri atau kawasan berdekatan.

“Usaha seperti ini boleh atasi masalah yang timbul dan pada masa sama, semua boleh balik kampung beraya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Industri pengangkutan bas awam di seluruh negara kini me­ngalami masalah kekurangan pemandu bas ekoran ramai telah beralih kerja.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia, R. Thiagarajan meminta pengendali syarikat bas ekspres untuk mencari pemandu sementara bagi memenuhi permintaan tinggi bagi perjalanan antara negeri pada Aidilfitri nanti.

“Dalam situasi ini, syarikat pengendali boleh memanggil semula pekerja mereka yang sebelum ini telah berhijrah atau diberhentikan kerja untuk mengisi kekosongan.

“Biasanya, pemandu yang mempunyai pengalaman membawa bas ekspres sebelum ini tidak mempunyai masalah untuk kembali bertugas memandang­kan sudah terlatih sekali gus mampu mengurangkan risiko kemalangan,” jelasnya.

Sementara itu, Yang di-Pertua Persatuan Pengusaha Bas Ekpres Semenanjung Malaysia, Laili Ismail turut mengesahkan banyak syarikat pengendali bas ekspres mengalami masalah ketiadaan pemandu selepas PKP.

“Bagi pihak saya, kami kekurangan lebih 25 peratus pemandu dan jumlah itu perlu diisi segera bagi memastikan perjalanan orang ramai ke kampung halaman pada Aidilfitri teratur.

“Jadi, bagi mengatasi masalah itu, kami sedang dalam proses pengambilan pemandu baharu yang mana calon perlu bebas dadah dan ada pengetahuan dalam pe­ngendalian bas ekspres,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI