fbpx
TEERAYUT perlu membayar balik 20,000 baht (RM2,533) dan menjadi sami untuk bebas daripada dibelenggu roh itu. – Thai Rath

Hantu minta lelaki bayar hutang 20,000 baht

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand mendakwa kononnya roh pendendam merasuki tubuhnya dan memaksa dia membunuh diri sebanyak dua kali, lapor laman berita Thaiger semalam.

Teerayut Naesuk berkata, roh pendendam itu telah menghantui kehidupan dia dan keluarganya sejak 14 April lalu. Teerayut, 40, tinggal di daerah Sattahip dalam wilayah Chon Buri, timur Thailand.

Menurutnya, roh itu merasuki tubuh Teerayut dan memaksa dia menggantung diri sebanyak dua kali, namun lelaki itu diselamatkan oleh ahli keluarganya. Dia kemudian memutuskan untuk membawa keluarganya ke Wat Thep Prasat di Chonburi untuk mendapatkan bantuan seorang sami bernama Ajahn Eid.

Ajahn Eid kemudian melakukan upacara mengusir roh jahat untuk cuba membebaskan Teerayut. Semasa upacara itu, roh sama merasuki tubuh Teerayut sekali lagi dan memberi peluang kepada Ajahn untuk berkomunikasi dengannya.

Menurut akhbar Thairath, roh itu memberitahu Ajahn bahawa semasa Teerayut menjadi renjer hutan, dia telah mencuri wang sebanyak 70,000 baht (RM8,868) dari sebuah rumah kayu sebelum memusnahkannya dengan harapan untuk menemui lebih banyak wang. 

Ajahn memberitahu, roh itu mahu Teerayut membetulkan kembali jenayah yang dilakukan pada 19 tahun lalu dengan membayar balik 20,000 baht (RM2,533). Entiti itu juga mahu Teerayut menjadi sami.

Teerayut mengaku bahawa dia melakukan jenayah tersebut dan cuba memenuhi kehendak hantu itu.

Jika Teerayut tidak melakukan seperti yang diarahkan, Ajahn mendakwa bahawa entiti itu akan membuat Teerayut menjadi gila dan cuba meragut nyawa setiap ahli keluarganya.

Entiti itu memberitahu Ajahn bahawa Teerayut telah membayar balik sebanyak 50,000 baht (RM6, 334) dalam bentuk kebaikan yang dilakukannya sejak 19 tahun lalu. – Agensi

POPULAR