fbpx

6 banduan lari daripada tahanan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam banduan tahanan reman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini atas kesalahan melarikan diri dari tahanan yang sah di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Jabatan Penjara Malaysia, lebih seminggu lalu. - NOR AINNA HAMZAH

JEMPOL – Enam banduan tahanan reman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini atas kesalahan melarikan diri dari tahanan yang sah di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu lebih seminggu lalu.

Tertuduh, Sohaimi Khalid, 50, Mohd. Zairizan Zainal, 42, Shazuan Md. Sharif, 32, Mazlan Samah, 39, Mohamad Aminuddin Khan Mohd. Yusof, 28, dan bukan warganegara, Zainuddin, 62, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Kesemuan mereka bersama seorang lagi tahanan yang masih bebas pada pukul 2 petang, 10 April lalu di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Jabatan Penjara Malaysia didapati dengan sengaja mengambil peluang melarikan diri daripada tahanan yang sah mengikut undang-undang.

Kesemua tertuduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret menetapkan 12 Mei ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen serta lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI