fbpx

48 gelandangan diselamatkan DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gelandangan yang berjaya diselamatkan di beberapa kawasan di sekitar pusat bandar.

KUALA LUMPUR – Seramai 48 gelandangan telah diselamatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu Operasi Bersepadu Menyelamat Gelandangan oleh DBKL bersama pelbagai agensi di sekitar ibu kota, Jumaat lepas.

Operasi tersebut bermula pukul 11 malam dengan seramai 96 kekuatan anggota turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Alam Flora.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, lokasi pencarian melibatkan Jejantas UTC Pudu, Mydin Jalan Silang, Jejantas LRT Pasar Seni, Bangkok Bank, Agrobank Central Market, HSBC Masjid Jamek dan Masjid Negara.

“Sejumlah 48 gelandangan diselamatkan termasuk 41 warganegara tempatan terdiri daripada 39 lelaki dan dua perempuan.

“Tujuh yang lain merupakan warga Lebanon (1), Nepal (1), India (2), Bangladesh (1), Myanmar (1) dan Indonesia (1),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, mereka yang diselamatkan itu telah menjalani proses saringan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan (JKAS) dan AADK di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku.

“Kesemua gelandangan terbabit akan ditempatkan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana, Taman Danau Desa, di sini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI