fbpx

Watak Sood Budak Magik kini baru tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watak Sood kini menjadi fenomena baharu di laman sosial.

PETALING JAYA – Jika anda melayari media sosial tidak kira Facebook, Twitter, TikTok mahupun Instagram pasti anda akan perasan berkenaan satu watak lelaki pekak bernama Sood.

Watak Sood itu sebenarnya adalah daripada sebuah drama lama yang pernah disiarkan sekitar 2016 berjudul Budak Magik.

Namun, siapa sangka watak Sood yang hadir bersama watak Abang Haniman yang baru keluar penjara kini menjadi fenomena baharu di laman sosial.

Paling menarik apabila Sood berjaya menenggelamkan watak utama drama tersebut dengan kekalutan serta kekurangannya membuatkan watak lain menjadi ‘stres’ dengan kelakuannya.

Rata-rata orang ramai juga turut bersetuju dengan kehebatan watak Sood itu yang berjaya membuatkan drama Budak Magic kembali tular ketika ini.

“Aku sanggup cari balik dalam YouTube cerita Budak Magik ni sebab watak si Sood ni lah, dia punya huru hara tu mengalahkan orang normal.

“Kalau dah viral balik ni apa lagi penerbit, buat lagi satu la Budak Magik, itu pun nak kena bagitau ke,” jelas Zalisham RS.

“Itulah yang peliknya watak Sood ni sekarang baru viral, tak silap memang drama ni sudah lama, tak apa lah rezeki kau Sood,” jelas Izwan Ez. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI