fbpx

Sahabat Usahawan AIM digalak mohon skim bantuan bersasar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shabudin (kiri) ketika hadir pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar IPT yang diadakan bersama program sumbangan untuk anak-anak di Tasek Gelugor, hari ini.

SEBERANG PERAI – Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang memerlukan modal tambahan bagi memperkasakan perniagaan mereka digalakkan untuk memohon skim bantuan bersasar yang disediakan oleh agensi itu.

Pengerusi AIM, Datuk Shabudin Yahaya berkata, bantuan itu diberi berdasarkan jumlah permohonan yang diterima serta diberikan atas tujuan yang tertentu sahaja.

Katanya, pada masa ini, bantuan bersasar itu dilihat bertujuan membantu para Sahabat Usahawan AIM menjalankan perniagaan ketika bulan puasa dan Aidilfitri ini.

“Dengan adanya bantuan ini, sebagai contoh, Sahabat Usahawan AIM boleh membuka pusat jualan kuih-muih dan sebagainya sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Tambah beliau, untuk rekod juga, sehingga kini, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak RM120,000 untuk skim bantuan bersasar itu bermula Disember lalu.

Difahamkan, jumlah maksimum yang boleh dipohon di bawah skim bantuan khas bersasar itu ialah sebanyak RM5,000 bagi seorang peminjam.

Shabudin ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diadakan bersama majlis penyerahan sumbangan untuk anak-anak yatim di sekitar Tasek Gelugor di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 50 penuntut IPT terpilih menerima wang tunai berjumlah RM200 tiap seorang manakala 200 anak yatim pula menerima sebanyak RM100 tiap seorang di bawah peruntukan yang diberikan kepada pusat khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Dalam pada itu, Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, lebih 7,000 Sahabat Usahawan AIM telah disenaraikan sebagai penerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP).

Beliau berkata, penyerahan geran khas itu telah selesai di tiga buah negeri iaitu Selangor, Johor dan Pahang manakala dua lagi negeri yang terlibat dengan bencana yang sama iaitu Kelantan dan Terengganu dijangka selesai minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI