fbpx

Pengasas, Pengasas Bersama RichWorks lulus CIMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZAN (kanan) bersama Zafrol Rizal.

PETALING JAYA – Pihak pengurusan Richworks International Sdn. Bhd. (Richworks) merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian Pengasasnya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan Pengasas Bersama, Datuk Zafrol Rizal Mat selepas mereka berdua lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), baru-baru ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, beliau mewakili pihak pengurusan dan kakitangan sangat berbangga dengan pencapaian berkenaan.

Jelasnya, seperti diketahui umum peperiksaan CIMA sangat komprehensif dan seseorang itu perlu meluangkan banyak masa dan usaha untuk lulus.

“Mereka berdua membuktikan kepada kami bahawa proses pendidikan ini sebenarnya tidak pernah berhenti, meskipun sudah bekerja mahupun berniaga.

“Pembelajaran ini berlaku sepanjang hayat, tidak kira di mana kita berada sekarang memandangkan ilmu sangat penting untuk meningkatkan nilai dan keupayaan diri,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Radz mengulas perkongsian Dr. Azizan mengenai keputusan peperiksaan akhir CIMA yang diambil beliau di LinkedIn pada Khamis lalu.

Dalam kesibukan melanjutkan pelajaran dan melaksanakan tugas, Azizan sempat mengarang buku untuk panduan usahawan yang turut diedarkan secara percuma.

Tambah Radz, Dr. Azizan turut berkongsikan salah satu matlamatnya iaitu untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah Malaysian Institute of Accountants (MIA).

“Meskipun banyak masa digunakan untuk membimbing sekitar 300 usahawan jutawan dalam perniagaan dengan nilai jualan tahunan kira-kira RM3.2 bilion, beliau tidak pernah berhenti belajar.

“Ketika ini, Dr. Azizan juga merupakan calon bagi Doktor Falsafah, Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan di Asia e University serta dijangka akan tamat pengajian pada Oktober ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI