fbpx

KWSP terima 5.3 juta permohonan Pengeluaran Khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima sebanyak 5.3 juta permohonan di bawah kemudahan Pengeluaran Khas sejak dibuka kepada ahli pada 1 April lalu.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, jumlah permohonan itu bersamaan dengan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.

“Setakat pukul 8 malam, 14 April 2022, sebanyak 5.3 juta permohonan diterima di bawah kemudahan Pengeluaran Khas. Jumlah permohonan itu merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak.

“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat yang mana pembayaran pertama akan bermula pada 20 April ini,” katanya di sini hari ini.

Sebanyak 55 peratus daripada pemohon merupakan ahli B40 yang berpendapatan kurang daripada RM1,700, 59 peratus ahli M40 (RM1,701 hingga RM4,900), dan 39 peratus ahli T20 (berpendapatan melebihi RM4,900).

“Sebanyak 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif juga telah memohon.

“Bumiputera Melayu merupakan kumpulan pemohon mengikut kaum yang tertinggi iaitu 63 peratus, diikuti Cina 12 peratus, India 7 peratus manakala selebihnya kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan bukan warganegara,” ujarnya.

Tiga sebab utama permohonan dibuat iaitu pengurangan pendapatan (24 peratus), membantu pasangan atau ahli keluarga (23 peratus) dan menambah sumber kewangan (14 peratus).

Tujuan pengeluaran pula adalah untuk menampung perbelanjaan keperluan asas harian atau bulanan (40 peratus), membayar tunggakan hutang (26 peratus), menambah simpanan atau dana kecemasan (8 peratus), dan membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan (7 peratus).

KWSP turut menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan Pengeluaran Khas di platform media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI