fbpx

Petisyen desak pembebasan Ke Ting raih 400,000 tandatangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sam Ke Ting

JOHOR BAHRU- Satu petisyen bagi mendesak pembebasan pemandu wanita, Sam Ke Ting, 27, yang dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru semalam di laman Change.org telah mendapat sokongan daripada 416,212 sokongan setakat pukul 3 petang, hari ini.

Petisyen berkenaan diwujudkan setelah wanita itu dijatuhkan hukuman berkenaan ekoran nahas basikal lajak yang mengalun lapan penunggang basikal maut di Johor Bahru pada 18 Februari 2017.

Antara komen yang ditinggalkan menyatakan sokongan kepada wanita berkenaan dan mengatakan hukuman yang dikenakan terlampau berat sedangkan wanita terbabit hanyalah mangsa keadaan.

“Wanita itu tidak berada dibawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit selain memakai tali pinggang keledar semasa memandu, itu bukti dia pemandu yang bertanggungjawab,” menurut salah satu komen yang ditinggalkan pengguna laman sosial.

Selain itu, antara komen lain termasuklah keputusan mahkamah berkenaan tidak adil selain berharap ada pihak yang akan tampil untuk membantu wanita berkenaan.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun beserta denda RM6,000 kepada Ke Ting, yang mana jika gagal bayar akan dikenakan tambahan enam bulan penjara.

Selain itu, wanita berkenaan juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik sahaja selesai menjalani tempoh hukuman.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI