fbpx

Hafizh mahu lupakan episod duka di Aragon, Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH berharap pasukannya lebih bersedia menjelang perlumbaan di Litar Assen, Belanda bermula 22 hingga 24 April ini.

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah tidak mengalah meskipun gagal mengutip mata pada penampilan pertama pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar MotorLand Aragon, Sepanyol yang berakhir Ahad lalu.

Hafizh yang beraksi dalam kelas WorldSBK bersama pasukan Mie Racing Honda bergelut untuk mendapatkan pelarasan terbaik selepas pasukan kekurangan data ketika turun menguji jentera baharunya itu.

Pada perlumbaan tersebut, pelumba berusia 27 tahun itu menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ke-21 manakala Perlumbaan 2 di kedudukan ke-20.

Justeru, Hafizh dilihat mahu melupakan episod duka tersebut dan berharap pasukannya lebih bersedia menjelang perlumbaan di Litar Assen, Belanda bermula 22 hingga 24 April ini.

“Syukur kerana saya menamatkan perlumbaan di Aragon, walaupun kedudukan kurang memuaskan, tetapi saya telah cuba terbaik. Ini baru titik permulaan dan banyak yang pelajari terutama dari segi elektronik.

“Saya sedar kami mempunyai masa agak singkat untuk menguji jentera berbanding pelumba lain. Pasukan juga kurang data, jadi bukan minggu yang mudah untuk kami.

“Saya berharap pada perlumbaan akan datang, pasukan dapat melakukan sesuatu de­ngan jentera untuk mendapatkan keputusan lebih positif dan merekodkan rekod lebih baik di Assen nanti.

“Apapun, ini baru titik permulaan saya harap prestasi saya menjadi lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI