fbpx

Duit raya untuk pengguna Bliese

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Syarikat pengeluar wangian tempatan, Bliese (M) Sdn. Bhd. (Bliese) menambah bahang kemeriahan sambutan Aidilfitri kali ini menerusi penganjuran peraduan Raya Kaw Kaw Gores & Menang Duit Raya yang menyediakan hadiah wang tunai RM6,000.

Bertemakan Raya Kaw Kaw, Bliese mengeluarkan tiga jenis bauan pewangi kereta edisi raya pada stok terhad yang dipekkan bersama dalam sebuah kotak yang boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk pulang beraya bersama orang tersayang atau hadiah semasa ziarah Aidilfitri.

Tiga bauan pewangi ini yang dinamakan sempena lagu raya iaitu Dendang Perantau, Anugerah Aidilfitri dan Balik Kampung mempunyai keunikan bauan tersendiri yang boleh menyegarkan perjalanan semasa pulang ke kampung.

Set pewangi kereta edisi raya Bliese.

Untuk menyertai peraduan Gores & Menang Raya Kaw Kaw, pelanggan hanya perlu membeli pek edisi raya yang mana terdapat pelekat gores dan menang dalam kotak disediakan dan jumlah duit raya dimenangi akan tertera selepas digores.

Pemenang diminta untuk menghubungi nombor yang tertera pada terma dan syarat peraduan di belakang kotak edisi raya. Peraduan ini berlangsung dari 10 April sehingga 3 Jun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Tuan Suhaimi Saiful berkata, peraduan berkenaan dianjurkan bagi memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini setelah dua tahun tidak dapat pulang beraya di kampung disamping keluarga tersayang.

“Selain itu, duit raya yang diberikan juga sebagai tanda penghargaan kami kepada reseller dan pelanggan Bliese yang tidak pernah putus dalam menyokong pembangunan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Duit raya RM1,000 untuk cabaran TikTok Bliese.

Pada masa sama, Bliese turut menganjurkan peraduan Bliese Raya Kaw Kaw Challenge yang memberikan duit raya bernilai RM1,000 kepada pengguna sosial media TikTok yang menghasilkan klip video Raya yang paling kreatif.

Orang ramai hanya perlu membuat video TikTok berdurasi 30 saat beserta kapsyen menarik disertakan dengan hashtag #BlieseRayaKawKawChallenge menggunakan lagu raya Bliese ‘Raya Kaw Kaw’ yang boleh didapati dalam aplikasi berkenaan.

Peserta juga perlu mempunyai akaun TikTok yang sah serta mengikuti akaun Tiktok @Bliesehq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI