fbpx

Bazaar Ramadan bantu promosi produk, jenama tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidil fitri anjuran Jati, jenama beras dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar (MGB) menganjurkan pelbagai aktiviti dan peraduan, pemberian cenderahati dan permainan sepanjang program tersebut berlangsung sehingga 24 April ini.

Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi Sdn. Bhd. Chua Keng Jin berkata, ini adalah usaha syarikat untuk mempromosikan pelbagai produk buatan tempatan bersempena orang ramai mula membuat persiapan untuk sambutan Syawal tidak lama lagi.

“Bazar ini akan menggalakkan perbelanjaan domestik dengan memberi perhatian kepada perniagaan tempatan sambil mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian barangan dan perkhidmatan Malaysia yang berkualiti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Pada bazar tersebut,  setiap pengunjung boleh menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s serta baucar dengan hanya melengkapkan treasure hunt gerai-gerai di bazaar. 

Terdapat juga pemberian sampul Raya eksklusif untuk setiap pengumpul yang pasti akan menambah koleksi mereka. 

Antara peraduan lain yang dikendalikan adalah Tangkap Gambar & Menang yang menawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker bernilai RM148 dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar di acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB. 

“Buat gaya terbaik anda, klik, siarkan dan anda boleh menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah!,” ujarnya.

Selain itu, terdapat juga peraduan beli & menang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia Santan, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding bagi hadiah yang merangkumi tiga unit motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10 unit topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200. 

Pengunjung juga berpeluang untuk dihiburkan sepanjang Bazar dengan persembahan dan mengambil bahagian dalam aktiviti sepanjang hari seperti bengkel dan sesi permainan, ia dapat menjanjikan keseronokan untuk setiap ahli keluarga pada semua peringkat umur. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI