fbpx

Penuntut IPT berang duit e-Pemula tak boleh beli barang online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) melahirkan rasa kecewa apabila bantuan e-tunai iaitu ePemula yang diberikan kerajaan tidak boleh digunakan untuk pembelian secara dalam talian.

Sebaliknya, bantuan RM150 itu hanya boleh digunakan untuk pembelian di premis sahaja.

Rata-rata mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dan kesal selain menyifatkan langkah itu menyusahkan dan tidak membantu meringankan beban mereka.

Semalam, kerajaan mengumumkan ePemula berjumlah RM150 yang diberikan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun hanya boleh digunakan untuk kegunaan fizikal sahaja sebagai langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia.

Salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Nishenjun, berkata, bantuan e-Pemula sepatutnya memudahkan urusan pelajar bukan menyusahkan mereka lebih-lebih lagi pada endemik.

“Memandangkan e-Pemula tidak boleh digunakan untuk membeli-belah dalam talian tapi korang makanlah puas-puas di Starbucks atau dimana-mana premis makanan yang sah dengan bantuan ini,” tulis pengguna lain, @Theva.

“Siapa yang buat syarat e-Pemula hanya boleh digunakan untuk kedai fizikal, saya perlukan duit itu untuk membeli buku yang hanya dijual di Shopee,” tulis Ayfah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, e-Pemula akan dikreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Belia yang berkelayakan boleh menebus bantuan tersebut menggunakan aplikasi ShopeePay, Touch N Go, Bigpay, Grab dan Grabpay.

Tempoh tuntutan kredit adalah dari semalam sehingga 1 Jun ini dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun depan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI