fbpx

Pengemis minta sedekah minta RM50, Diana Danielle bimbang diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA DANIELLE

PETALING JAYA – Ekoran berdepan insiden pintu keretanya diketuk pengemis yang meminta amaun berjumlah RM50, Diana Danielle kini mula berasa sangsi untuk menghulurkan bantuan kepada mana-mana peminta sedekah.

Bercerita tentang pengalaman yang masih menghantui dirinya setiap didatangi pemintya sedekah, pemilik nama lengkap, Diana Danielle Danny Beeson itu mulanya berasa terkejut dan seketika kemudian terfikir dirinya bakal menjadi mangsa ragut.

“Nak tanya, kalau was-was, tak apa ke kalau kita tolak untuk menghulur sedekah?.

“Ada insiden seorang lelaki ini tiba-tiba ketuk pintu kereta dan kemudian, cerita laju panjang dan minta RM50.

“Terkejut sebab dia minta amaun yang spesifik dan hati rasa ragu-ragu. Sikit lagi ingat nak kena ragut dah,” katanya menerusi ciapan dalam Twitter.

Ciapan berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada peminat yang memberi buah fikiran bagaimana untuk berdepan dengan situasi ketika didekati mereka yang meminta sedekah.

“Sampai satu ketika, kita juga perlu memilih untuk bersedekah. Sekali ketuk cermin dapat RM50. Dapat dua orang bagi cukuplah, dah RM100.

“Betul, menipu itu urusan dia dengan Allah. Tapi, cara kita itu menggalakkan mereka untuk buat lagi kerja mudah. Sebab itu banyak sendikit. Pemurah orang Malaysia ini,” ciap seorang pengguna Twitter.

Seorang pengguna Twitter lain memberi saranan dengan menciap: “Angkat tangan sahaja sikit (tanda macam terima kasih, tak mengapa macam tolak pelawaan orang jual barang).

“Senyum dan tunduk sikit. Nanti mereka fahamlah tu. Tak pun kata maaf atau begitu. Nak derma sedekah, masih banyak ruang kita boleh cari untuk derma. Yang penting, ‘safety first’ bila didekati orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI