fbpx

California bina lintasan hidupan liar terbesar di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMBATAN penyeberang hidupan liar akan dibina dengan panjang 64 meter dan lebar 50 meter merentasi Lebuhraya 101. - Living Habitats and National Wildlife Federation

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Pembinaan jambatan bagi memudahkan hidupan liar menyeberang Lebuhraya 101 dekat bandar raya Los Angeles di Amerika Syarikat telah dimulakan, manakala pakar-pakar berharap struktur tersebut akan mewujudkan laluan selamat untuk haiwan liar, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Seorang arkitek landskap tempatan, Robert Rock yang mengetuai seni reka bentuk jambatan lintasan itu menyifatkan projek tersebut antara yang paling luar biasa di dunia.

Beliau berkata, tidak seperti jambatan hidupan liar lain yang kebanyakannya dibina daripada simen dan keluli, lintasan itu akan mempunyai persekitaran bertemakan alam sekitar seperti tumbuhan asli termasuk pada dindingnya, demikian menurut akhbar The Guardian.

Rock mengumpulkan sepasukan pakar yang akan membantunya untuk melaksanakan projek tersebut.

Antara mereka termasuk saintis tanah yang akan mengumpul sampel pokok tempatan dan ahli mikologi yang akan mengkaji kulat di kawasan itu. Kedua-dua elemen tersebut boleh membantu aliran haiwan yang lancar selepas laluan itu siap kelak. 

Beliau berkata, projek itu yang sudah hampir sedekad dalam proses pembinaan, dapat melindungi binatang buas seperti singa gunung daripada menyeberang lebuh raya sekali gus mendatangkan bahaya kepada haiwan dan pengguna.

Hampir 25 ekor singa gunung mati semasa melintas lebuh raya di Los Angeles sejak 2002 dengan satu kematian terbaharu dilaporkan pada minggu lalu apabila seekor singa muda dilanggar dan mati di lebuh raya pantai Pasifik.

Majlis pelancaraan pembinaan lintasan itu akan diadakan pada 22 April ini sempena sambutan Hari Bumi. Projek itu menelan belanja AS$90 juta (RM380.4 juta) dan akan diberi nama Lintasan Hidupan Liar Wallis Annenberg.

Kira-kira 60 peratus kos pembinaannya disumbangkan oleh agensi-agensi swasta, manakala selebihnya menggunakan dana awam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI