fbpx

Youtuber, rakan disambung reman lima hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL RIZAL

GEORGE TOWN – Empat lelaki termasuk seorang Youtuber terkenal disambung reman lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita yang dipercayai maut akibat dipukul teman lelakinya dua minggu lalu.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 23 hingga 28 tahun itu dilakukan di Mahkamah Majistret di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan lanjut perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian wanita berusia 20 tahun itu.

“Siasatan lanjut akan dilakukan ke atas keempat-empat suspek terdiri seorang teman lelaki mangsa bersama tiga lagi rakan suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Siasatan juga akan melibatkan pelbagai aspek termasuk motif cemburu pasangan terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan penahanan seorang pemuda yang juga teman lelaki mangsa yang maut ketika menerima rawatan di hospital Pulau Pinang 2 April lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelaki berusia 23 tahun itu dikatakan berada di kediaman milik Youtuber berkenaan di Teluk Kumbar di sini.

Mayat mangsa mempunyai kesan lebam lama dan baharu pada badan serta kepala dipercayai akibat dipukul menggunakan kekerasan atau objek tumpul. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI