fbpx
Vining (kiri) dan Whitler (kanan) ditahan kerana terlibat dengan kematian Broad. – Facebook/Jabatan Polis Belleview

Remaja mati ditembak rakan ketika bergilir bermain pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BELLEVIEW, FLORIDA – Seorang remaja di Amerika Syarikat ditembak mati oleh rakannya ketika bermain dengan sepucuk pistol dan bergilir-gilir menembak antara satu sama lain sambil memakai jaket kalis peluru, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Christopher Broad, 16, ditemui dalam keadaan cedera parah dengan sekurang-kurangnya satu kesan tembakan di sebuah rumah di Belleview, dalam negeri Florida.

Dia dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat cedera parah, kata polis.

“Siasatan mendapati bahawa mangsa dan suspek, Joshua Vining, 17, ketika itu bergilir-gilir menembak antara satu sama lain sambil memakai sejenis jaket kalis peluru.

“Suspek menembak mangsa ketika dia memakai jaket tersebut, namun peluru mengenai bahagian dadanya yang tidak dilindungi oleh jaket,” kata Jabatan Polis Belleview dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seorang lagi rakan mereka, Colton Whitler, dilaporkan turut berada bersama ketika kejadian dan telah memberikan maklumat palsu kepada polis.

“Kedua-dua suspek ditahan kerana terlibat dengan kematian mangsa dan mereka akan didakwa seperti suspek dewasa,” kata polis.

Vining didakwa atas kesalahan membunuh kanak-kanak menggunakan senjata api manakala Whitler didakwa kerana memberikan maklumat palsu kepada penguatkuasa undang-undang. 

Laporan bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana jaket kalis peluru dan pistol tersebut boleh berada di lokasi kejadian. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI