fbpx

Pelajar MMU reka edisi Aidilfitri Hamadaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mona (kanan) bergambar bersama Ho (tengah) dan Dekan Fakulti Multimedia Kreatif MMU Cyberjaya, Dr. Lim Kok Yoong dalam sesi penyampaian hadiah di Cyberjaya, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penuntut tahun dua Reka Bentuk Pengiklanan, Mona Tamer muncul pemenang pertandingan reka bentuk Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya baru-baru ini anjuran jenama kicap halal premium Jepun, Hamadaya.

Selain merangkul hadiah RM1,000, rekaan Mona turut digunakan pada produk edisi terhad Aidilfitri Hamadaya yang dijual di seluruh negara.

Reka bentuk Mona mengetengahkan gabungan harmoni warisan Malaysia dan Jepun dalam kombinasi elemen tradisional rumah kampung serta motif dan strok Jepun, yang menzahirkan penjenamaan Hamadaya untuk penduduk di negara ini.

Naib Presiden Pemasaran Hamadaya, Lili Ho berkata, pertandingan tersebut yang menarik lebih 50 penyertaan dilihat berjaya memenuhi objektifnya bagi memberi peluang kepada pelajar merasai kehidupan sebagai seorang pereka bentuk.

Rekaan Mona yang digunakan pada edisi Aidilfitri Hamadaya tahun ini.

“Menerusi inisiatif ini, kami ingin memupuk bakat-bakat baharu untuk memanfaatkan minat dan kebolehan mereka bagi menghasilkan reka bentuk bungkusan produk berkualiti unggul yang setaraf dengan piawaian antarabangsa.

“Daripada perspektif pemasaran, kami percaya jenama-jenama perlu mengambil peluang daripada pemikiran kreatif bakat-bakat muda ini kerana ia mampu menggalakkan kepelbagaian dalam produk yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI