fbpx

Sultan Johor beri sumbangan peribadi kepada 2 penyelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil pihak istana menyampaikan sumbangan daripada Sultan Ibrahim kepada dua penyelam yang selamat di Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, hari ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi baginda kepada dua penyelam yang ditemui selepas hilang ketika melakukan aktiviti latihan menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggul, Mersing, Rabu lalu.

Perkara itu dikongsikan dalam hantaran terbaru di laman sosial Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Kurniaan itu diserahkan kepada warga Britain, Adrian Peter Chesters, 45, dan warga Perancis Alexia Alexandria Molina, 18, oleh Pegawai Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali di wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang.

Kedua-dua mangsa menjunjung kasih atas ingatan dan kurniaan serta mengambil berat keadaan mereka.

Semalam, Adrian Peter dan Alexia Alexandria ditemui pada kedudukan 16 batu nautika utara Pulau Bintan, di perairan Indonesia oleh nelayan kira-kira 1 pagi.

Adrian Peter turut memberi kenyataan kepada pihak berkuasa bahawa seorang lagi penyelam yang juga anaknya, Nathan Renze Chesters, 14, telah meninggal dunia selepas tidak dapat bertahan akibat terlalu lemah.

Manakala Jurulatih selam, Kristine Grodem dari Norway, ditemui pada Khamis lalu di kedua-dua lebih 20 batu nautika dari lokasi dipercayai hilang.

Susulan insiden itu, Sultan Johor telah menitahkan semua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan sementara waktu sehingga hasil siasatan kes ini dan kajian semula seluruh SOP keselamatan aktiviti menyelam di Mersing selesai.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI