fbpx

Cuaca buruk hampir di semua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri termasuk Sabah dan Sarawak malam ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk tersebut dijangka berlaku sehingga lewat malam nanti.

“Ia melibatkan keseluruhan negeri Perlis, Pahang dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

“Manakala di Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di Kelantan membabitkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Di Terengganu pula melibatkan Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Selangor, keadaan dikatakan tertumpu di Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak serta Kuala Lumpur,” ujarnya.

Bagi di sebelah selatan, turut terlibat adalah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan Tangkak, Segamat, Muar dan Kluang di Johor.

Dalam pada itu, di Sarawak pula membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong).

Tambah MetMalaysia, di Sabah, amaran dikeluarkan di Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI