fbpx

Wanita pecah masuk rumah ketika penghuni solat tarawih di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita ditangkap memecah masuk sebuah rumah ketika penghuninya ke masjid untuk solat tarawih. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita tular di media sosial Indonesia gara-gara ditangkap memecah masuk ke dalam sebuah rumah ketika penghuninya pergi ke masjid untuk solat tarawih, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik pada akaun Instagram bernama @andreli_48.

Rakaman menunjukkan seorang wanita berambut pendek dan berkaca mata sedang duduk di atas kerusi di dalam sebuah rumah yang dipenuhi orang.

Wanita itu disyaki memecah masuk rumah berkenaan dan hendak mencuri wang ketika penghuninya berada di masjid untuk menunaikan solat tarawih.

Menurut maklumat, wanita itu ditangkap ketika cuba mengambil wang dari sebuah almari. Beberapa pegawai keselamatan dilihat turut datang ke lokasi kejadian. 

Beberapa orang yang dipercayai penghuni rumah itu dan penduduk setempat masih memakai telekung ketika berdiri mengelilingi wanita berkenaan. Kejadian dikatakan berlaku di Cidodol, daerah Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.

Klip video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Keberanian awak besar,” tulis seorang netizen.

“Aduh, nekad betul,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI