fbpx

T.O.P Big Bang bikin peminat tak keruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
T.O.P

SELEPAS lagu Still Life dilancarkan dan menjadi fenomena dalam masa singkat, peminat pastinya tertanya-tanya berhubung langkah dan perancangan seterusnya kumpulan Big Bang selepas ini.

Terbaharu, seorang anggotanya. T.O.P ada memuat naik satu hantaran dalam Instagram yang membuatkan ramai peminat mula curiga dan tidak boleh duduk diam.

“Akhirnya muzik itu telah keluar. Saya tidak akan berada di sini tanpa bantuan semua kakitangan YG Entertainment dan sokongan peminat.

“Terima kasih semua untuk 16 tahun lalu. Pengalaman yang sangat bermakna bagi saya.

“Saya mungkin akan melalui satu lagi titik perubahan penting dalam hidup saya selepas ini,” tulisnya.

Rata-rata peminat fanatik dan rakan artis menghujani ruangan komen dengan pelbagai soalan yang sehingga kini tiada jawapan.

Mereka juga menebak bahawa T.O.P tidak lagi akan melibatkan diri dengan Big Bang dan akan terus bergerak solo selepas ini.

Selasa lalu, Still Life yang dinanti-nanti selama empat tahun akhirnya dilancarkan dan mencatatkan lebih 20 juta tontonan dalam YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI