fbpx

Sarah Hildebrand selar golongan acah-acah baik semasa Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH HILDEBRAND

PETALING JAYA – Pelakon Sarah Hildebrand memerli sikap sesetengah pihak yang dirasakan ‘acah-acah’ baik hanya pada bulan Ramadan.

Pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand itu tidak berpuas hati dengan amalan hidup berkenaan dan berpendapat, orang Islam seharusnya berkeperibadian positif bukan hanya pada bulan Ramadan yang dianggap paling mulia dalam agama Islam.

“Kalian tahu tak apa yang saya rasa kelakar tentang orang Islam pada bulan Ramadan adalah mereka fikir, itu sahaja bulan nak buat benda-benda baik.

“Macamlah itu sahaja waktunya kita nak jadi Muslim paling terbaik. Tidak. Anda kena teruskan apa-apa sahaja yang anda buat pada bulan Ramadan untuk sepanjang tahun,” kata Sarah, 32, menerusi muat naik video dalam Instastory.

Bagaimanapun, menerusi semakan Kosmo! Online, video berkenaan telah dipadam daripada laman sosial pelakon drama rantaian, Pujaan Hati Kanda itu.

Sarah dalam keadaan beremosi turut menegaskan bahawa, orang Islam sepatutnya meninggalkan kelakuan menyibuk hal orang lain atau dalam istilah masyarakat sekarang bermaksud ‘mak cik bawang’  sekali gus memberi perhatian terhadap kehidupan diri sendiri.

“Jangan jadikan satu bulan dan konon-konon terus jadi orang warak dan apabila kalian menyerang orang, anda sebenarnya layak dimaki juga.

“Jangan kacau hidup orang. Biarlah mereka nak buat apapun yang mereka inginkan sama ada ketika Ramadan atau bulan-bulan lain.

“Anda kumpul sahaja pahala dan biarkan orang lain nak buat apa yang mereka nak buat. Jangan menyibuk dan masuk campur urusan orang lain. Itu sangat-sangat menyakitkan hati dan menjengkelkan,” katanya yang dilihat turut menggunakan bahasa kurang sopan saat memberikan pandangan.

Sekadar info, Sarah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat bernama Otto Gillen pada 3 November 2019.

Pada 2020, media tempatan melaporkan bahawa Sarah tidak lagi bertudung dan penampilan terbaharunya itu mendapat sokongan daripada suaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI