fbpx

Restoran mamak diserbu guna taktik ‘ulat makanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Sukri (kanan) ketika mengetui Op Plastik Hitam Menggelegak di sebuah restoran mamak di Peringgit, Melaka hari ini.

MELAKA – Sebuah restoran mamak di Peringgit di sini diserbu penguat kuasa selepas dikesan menggunakan taktik ‘ulat makanan’ dan servis pandu lalu kepada ‘kaki ponteng puasa’, hari ini.

Dalam serbuan Op Plastik Hitam Menggelegak kira-kira pukul 12 tengah hari itu, seramai enam pekerja dan seorang pemilik berusia antara 24 hingga 63 tahun turut ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, serbuan itu merupakan hasil risikan yang dilakukan pasukan penguat kuasa sejak 3 April lalu dan jumlah pelanggan dikesan meningkat sejak pukul 8 pagi tadi.

Katanya, soal siasat dijalankan dua pekerja di restoran berkenaan mengaku memainkan peranan sebagai ‘ulat makanan’ dan meninjau kehadiran pihak berkuasa.

“Sebelum ini kita telah memberikan amaran, namun tidak diendahkan malah mereka semakin berani sehingga menggunakan cara ‘ulat makanan’ untuk menghantar bungkusan kepada pelanggan di sekitar luar premis.

“Restoran ini juga memang terkenal dalam kalangan kaki ponteng puasa dan dipercayai kegiatan ini telah dilakukan mereka sejak lima tahun yang lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas serbuan Op Plastik Hitam Menggelegak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pekerja kedai itu juga cuba mengaburi kegiatan dengan meminta pelanggan untuk menunggu dan mengambil makanan di hadapan sebuah kedai bengkel bersebelahan restoran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI