fbpx

Projek Kombat bernilai RM30 juta dijangka siap 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan grafik projek Kombat yang bakal siap menjelang tahun depan.

PETALING JAYA – Kompleks Masjid Bandar Tasik Kesuma (Kombat) yang bernilai kira-kira RM30 juta dijangka siap menjelang hujung tahun depan.

Projek tersebut dibangunkan oleh FNA Builders and Services Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utamanya.

Lebih menarik tentang projek julung kali ini, ia telah menerima sumbangan lebih daripada RM26 juta daripada pelbagai sumber hasil derma, infak serta program yang dianjurkan oleh  jawatankuasa pembinaan masjid tersebut. 

Pengerusi Kombat, Prof. Dr. Muhd. Najib Abdul Kadir berkata, projek tersebut tertangguh sebelum ini kerana pandemik.

“Selepas melalui pelbagai cabaran, dugaan dan fasa, kita kini mampu menarik nafas lega kerana usaha murni tersebut bakal disempurnakan kelak.

“Kerana pandemik Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, proses kelulusan permohonan Kebenaran Merancang (KM) daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) tergendala. Hanya pada September 2021 pihak berkuasa telah memberi kelulusan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini. 

Muhd. Najib menjelaskan, kompleks tersebut mampu menampung sehingga 3,000 jemaah dalam satu masa dan ia lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan penduduk.

Tambah beliau, kompleks berkenaan dilengkapi dewan serba guna dan seminar yang lengkap untuk penganjuran pelbagai majlis ilmu untuk komuniti, selain solat berjemaah, beriadah ringan dengan lebih terancang, teratur dan selesa. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI