fbpx

Penyelidik Jepun bina robot pengupas pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR memaparkan robot pengupas pisang yang dibina penyelidik Jepun. - Heecheol Kim, University of Tokyo

TOKYO – Pasukan penyelidik Jepun membina sebuah robot yang mampu mengupas pisang tanpa merosakkan buah tersebut, lapor laman berita Wion News semalam.

Klip video yang dirakam oleh Universiti Tokyo menunjukkan robot itu mengambil pisang dan mengupasnya dalam masa tiga minit menggunakan kedua-dua ‘tangannya’.

Menurut agensi berita Reuters, robot tersebut berjaya menyelesaikan tugasan itu selepas hampir 13 jam latihan tetapi kadar kejayaannya kekal setakat 57 peratus setakat ini.

Mengupas pisang memerlukan pemahaman menyeluruh tentang arahan rumit kepada mesin. Penyelidik-penyelidik percaya bahawa tugasan tersebut boleh diterokai untuk meningkatkan aplikasi robot dalam menjalankan tugas seperti memindahkan logam dari satu tempat ke tempat lain.

Penyelidik itu, Heecheol Kim dan Yasuo Kuniyoshi merupakan pencetus teknologi itu dan mereka menggunakan proses ‘pembelajaran secara meniru’ untuk ‘melatih’ robot mereka.

Proses itu memerlukan robot tersebut meneliti demonstrasi mengupas pisang lebih daripada seratus kali untuk mengumpul data mencukupi yang diperlukan untuk menirunya.

Kuniyoshi memberitahu Reuters bahawa dia percaya kaedah yang mereka gunakan untuk melatih robot itu boleh dikembangkan ke dalam pelbagai sektor yang boleh membantu menyelesaikan isu kekurangan buruh dalam jangka masa panjang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI