fbpx

Selangor sasar bantu 10,000 peniaga melalui Platform Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin Shari (dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Penjaja di Tapak Bazar Ramadan Bandar Kinrara.

PETALING JAYA – Kerajaan Selangor menyasarkan untuk membantu serta memperkasakan 10,000 peniaga mikro melalui Platform Selangor (PLATS) siri ketiga dengan keupayaan teknologi dan kemahiran digital.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha itu bagi memperkasakan peniaga mikro seperti penjaja dan pemilik kedai runcit dengan set kemahiran digital untuk mengekalkan serta mengembangkan operasi perniagaan.

“Inisiatif PLATS secara konsisten membuktikan bahawa tidak mustahil untuk membantu peniaga mencari peluang dalam norma baharu dengan memanfaatkan teknologi digital dan mewujudkan permintaan produk serta perkhidmatan mereka.

“Momentum ini akan diteruskan supaya dapat menyokong lebih ramai peniaga bagi membawa tahap pemulihan yang lebih kukuh ketika pandemik Covid-19,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Penjaja melalui Insiatif Platform Selangor, di Tapak Bazar Ramadan, Bandar Kinrara, di sini hari ini.

Sementara itu, Amirudin memaklumkan kerajaan negeri Selangor akan bekerjasama rapat dengan 12 pihak berkuasa tempatan untuk membuka pelbagai inisiatif bagi mempercepatkan proses penyertaan peniaga mikro.

Katanya, sesi latihan dan pembangunan tersusun akan disediakan untuk mengajar peniaga mikro cara menggunakan teknologi digital bertujuan menjana lebih banyak hasil dan pendedahan akan perniagaan masing-masing.

“Pusat perkhidmatan juga akan ditubuhkan untuk membimbing peniaga ini berhubung pendigitalan online melalui PLATS manakala pasukan Rakan Digital Selangor (RDS) akan membantu mereka dalam pemasaran dan penjenamaan platform digital termasuk media sosial,” ujarnya.

Dalam pada itu, PLATS telah membantu lebih 7,000 peniaga mikro di Selangor dan mewujudkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan dalam kalangan peniaga B40 melalui inisiatif PLATS sejak tahun 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN