fbpx

Geng Amy Sandora terkubur, 10 lagi diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan (tengah) menunjukkan rampasan barangan daripada geng Amy Sandora.

KUALA LANGAT – Polis berjaya melumpuhkan keseluruhan Geng Amy Sandora dengan penangkapan 10 lagi ahlinya yang aktif melakukan jenayah pecah masuk di sekitar daerah ini.

Kesemua suspek berusia 27 hingga 38 tahun ditahan di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang di sini bermula pukul 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, penahanan itu hasil laporan seorang guru mengenai stor barang katering dan kanopi miliknya dipecah masuk pada 1 Mac lalu.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan mangsa kehilangan barangan seperti tong dapur gas, cawan, pinggan, bateri lori dan set rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Bertindak atas maklumat, kita menahan lapan lelaki termasuk beberapa suspek yang sedang berkhayal menghisap dadah di Kampung Sijangkang.

“Hasil soal siasat kemudian membawa kepada penahanan dua lagi lelaki di sekitar kampung sama pada pukul 3.10 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis juga berjaya menemukan semula barangan milik pengadu yang dilaporkan hilang.

“Semakan mendapati lapan suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah, pecah rumah dan curi motosikal.

“Kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Banting dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kosmo! 23 Januari lalu melaporkan tiga termasuk ketua Geng Amy Sandora berusia 26 hingga 40 tahun diberkas dalam tempoh 24jam di sekitar Kampung Sri Jangkang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI