fbpx

Penolong juruukur bahan direman kes terima rasuah RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penolong juruukur bahan sebuah PBT direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM3,000. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seorang penolong juruukur bahan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM3,000 bagi kelulusan permohonan pelan ubah suai rumah tanpa melalui prosedur yang sah pada Ogos 2019.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 40 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Intan Syafinaz Ros’lin di Mahkamah Majistret Khas Trafik Seremban di sini hari ini.

Intan Syafinaz membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluarkan reman ke atas lelaki itu bermula hari ini sehingga 13 April depan.

Permohonan oleh SPRM dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Khairi Abdul Karim.

Menurut sumber, suspek lelaki yang sudah 18 tahun berkhidmat dengan PBT berkenaan ditahan pada pukul 3.30 petang semalam di Pejabat SPRM Negeri Sembilan ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai telah menerima wang rasuah sebanyak RM3,000 daripada seorang individu sebagai balasan untuk mendapatkan kelulusan permohonan pelan ubah suai rumah tanpa melalui prosedur yang sah daripada PBT tempatnya bertugas pada Ogos 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI