fbpx

Pemandu lori maut tersepit ketika terjun dari lori terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu lori maut dihempap lori dipandunya di Kuari Bukit Pengorak dekat Jalan Kuantan-Kemaman di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang pemandu lori maut dihempap lori dipandunya yang hilang kawalan ketika menuruni kawasan berbukit di Kuari Bukit Pengorak dekat Jalan Kuantan-Kemaman di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku ketika mangsa Ahmad Asrol Ab Rahman,41, sedang membawa muatan tanah dari kuari menuruni kawasan berbukit menghala ke Gebeng di sini.

“Lori dipandu mangsa dipercayai tiba-tiba hilang kawalan dan mangsa cuba terjun dari lori tetapi tersangkut pada pintu pemandu sebelah kanan lalu lori terbabas ke tebing tanah.

“Akibat kejadian mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI