fbpx

Lelaki gigih pangku anak atas motor, lindung guna kain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan situasi seorang lelaki memangku anaknya sambil menunggang motosikal.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memangku anak kecilnya sambil menunggang motosikal telah mengundang sebak orang ramai yang melihat situasi tersebut.

Terdahulu, tular kisah seorang warga emas yang terbaring di dalam ruang motosikal roda tiga sambil dijaga oleh anak saudaranya sehingga mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ebit Lew yang menghadiahkan sebuah kereta kepada mereka.

Menerusi perkongsian video oleh Malique di media sosial, situasi meruntun jiwa itu dirakam ketika lelaki tersebut berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Lebih menyayat hati, lelaki berkenaan dilihat sentiasa memantau keadaan anaknya dan dia juga menggunakan sehelai kain bagi menutup wajah kanak-kanak itu bagi melindunginya daripada panas matahari.

Walaupun tindakan lelaki tersebut agak berisiko kerana menunggang motosikal dalam keadaan begitu, namun rata-rata orang ramai beranggapan kemungkinan dia mempunyai alasan tersendiri sehingga mendesaknya berbuat demikian.

Mereka juga turut mendoakan agar keluarga tersebut dimurahkan rezeki serta sentiasa mendapat perlindungan oleh Allah.

“Mungkin abang itu ada sebab bawa anaknya macam itu, susah dia kita tak tahu, hanya mampu mendoakan agar segala urusan abang dan anaknya itu dipermudahkan,” ujar Ailisha.

“Bahaya bawa anak kecil macam itu seorang diri, moga ada kuasa viral orang ramai bantu abang ini mendapatkan bantuan sewajarnya agar ada kemudahan yang lebih sesuai untuk bawa anaknya,” komen pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI