fbpx

[VIDEO] Cuaca panas, wanita terkejut kain jemuran berasap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan kain jemuran berasap akibat cuaca panas.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mendapati kain jemurannya berasap dipercayai kerana cuaca terlalu panas ketika ini.

Menerusi perkongsian di TikTok Super_ibu, kejadian itu berlaku di kediamannya di Kelantan.

“Baru 8.40 pagi. #kelantansohot (kelantan sangat panas,” tulisnya di ruang kapsyen.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terkejut melihat kejadian itu selain bersetuju keadaan cuaca panas ketika ini luar biasa.

“Panas sangat sampai jadi rangup baju kalau jemur,” kata Attar.

“Musim panas, amir air wuduk Masyallah panas macam keluar daripada cerek guna paip, ujian Allah,” kata Cik Min.

“Pernah jadi begini, seluar adik aku jemur dekat luar. Aku baca ayat kursi terus buang, menangis dia. Aku ingat ada benda mistik,” kongsi Boo.

“Rumah saya siang tadi 36 darjah Celsius. Tak ada aircond (pendingin hawa). Sampai sakit kepala dan mata pedih. Nasiblah dah siap-siap takung air dalam baldi, kalau tidak nak ambil wuduk pun macam guna air panas,” kata Ilza.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 900,000 kali.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas ketika ini kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks yang dijangka berlaku Rabu ini.

Berdasarkan analisis model-model cuaca, dijangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh ramalan tujuh hari ke hadapan. – KOSMO! ONLINE

@super_ibu Baru 8.40pg😌 #kelantan #kelantansohot #fyp #musimpanas ♬ shik shak shok – cinq-sept

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI