fbpx

Pinjaman tidak wujud, pegawai bank rugi RM243,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Musa Marsidi

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai bank berputih mata selepas wang miliknya sebanyak RM243,000 lesap akibat terpedaya dalam kes penipuan pinjaman wang tidak wujud baru-baru ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Superintendan Mohamad Musa Marsidi berkata, mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia 54 tahun yang bekerja sebagai pegawai bank.

“Mangsa telah berurusan untuk membuat pinjaman sebanyak RM80,000 dengan mengisi borang di laman sesawang sebelum dihubungi pekerja syarikat pinjaman wang tersebut.

“Mangsa juga telah diminta untuk membuat beberapa transaksi sebagai bayaran proses pinjaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sejak 28 Februari hingga akhir bulan Mac tahun ini, mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM243,000 secara berperingkat ke dalam sembilan akaun bank yang diberikan.

“Merasa tertipu, mangsa telah membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan iklan promosi pinjaman wang dengan kadar faedah yang rendah termasuk permohonan tanpa syarat ketat.

“Hadir secara fizikal ke institusi perbankan selain menyemak akaun bank atau nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI