fbpx

MyTutor tambah 200 tutor sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAFIZ (tengah) pada majlis pelancaran MyTutor di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – MyTutor Academy Sdn. Bhd. (MyTutor Academy), syarikat yang menawarkan perkhidmatan kelas tuisyen di rumah yang dikenali sebagai MyTutor, mengunjurkan jumlah tenaga pengajar atau tutor bakal bertambah sebanyak 200 orang sebulan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Mohd. Hafiz Kamaruddin berkata, pertambahan jumlah tutor itu seiring dengan permintaan daripada ibu bapa dan waris terhadap tenaga pengajar bagi meningkatkan lagi sesi pembelajaran anak-anak yang ketinggalan atau tercicir sejak dua tahun lalu akibat pandemik.

Menurut beliau, melalui pendekatan ini, ibu bapa juga mahu memastikan anak-anak mereka memperoleh teknik lebih efisien untuk menjawab kertas peperiksaan utama dan juga lebih memahami mata pelajaran yang disampaikan di bilik darjah.

“Permintaan untuk kelas membaca adalah yang tertinggi diterima daripada ibu bapa sejak negara dilanda pandemik.

“Ia melibatkan pelajar tahun empat, lima dan enam kerana kumpulan ini didakwa paling banyak terjejas untuk menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran MyTutor di sini baru-baru ini.

Buat masa ini, syarikat memiliki kira-kira 1,900 tutor de­ngan melibatkan kira-kira 17,000 pelajar termasuk pelajar Malaysia yang berada di luar negara.

Turut dilancarkan adalah platform kelas secara online, edufy yang telah dibangunkan sejak tiga tahun lalu.

Edufy adalah platform pertama menghubungkan aplikasi Zoom secara bersepadu bagi pelaksanaan kelas-kelas serta modul pelajaran secara digital mengikut permintaan pelajar. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI