fbpx

Polis buru pelaku bakar 40 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang musnah dalam kejadian serangan di Bradley Stoke. – MailOnline

LONDON – Sekitar 40 buah kereta dan van musnah dalam insiden kebakaran dekat bandar  Bristol, England  awal  kelmarin, yang dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat, lapor portal berita MailOnline.

Polis Britain berkata, pihaknya menerima panggilan pertama mengenai insiden kebakaran kereta di Stoke Gifford sebelum beberapa panggilan serupa menyusul untuk memberitahu tentang  kebakaran lain termasuk sebuah fasiliti Rolls Royce.

Panggilan pertama diterima sekitar pukul 1.30 pagi (waktu tempatan). Pemanggil melaporkan mengenai kebakaran sebuah kenderaan di New Road, Stoke Gifford.

Ia diikuti panggilan  pukul 3.45 pagi (waktu tempatan) yang memberitahu mengenai kebakaran beberapa buah kereta di ruang pameran Rolls Royce di  Filton. Kira-kira 20 buah kereta musnah selepas api merebak.

Pada pukul 5.30 pagi (waktu tempatan) pula, laporan lain diterima mengenai 20 buah kenderaan yang dibakar di beberapa lokasi sekitar Bradley Stoke, Little Stoke dan Stoke Gifford.

Setakat ini, tiada sebarang laporan diterima mengenai kecederaan atau kerosakan ke atas bangunan, namun beberapa kenderaan dilaporkan hangus sehingga menyukarkan proses mengenal pasti pemiliknya.

Datuk Bandar Bradley Stoke, Tom Aditya berkata, beliau telah meminta polis menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memburu  dalang kesemua insiden itu.

“Pegawai kami akan melakukan siasatan rumah ke rumah dan bekerjasama rapat dengan Perkhidmatan Bomba & Penyelamat Avon.

“Pada peringkat ini, sukar untuk kami mengenal pasti pemilik kenderaan disebabkan kemusnahan yang berlaku.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat sama ada kereta mereka terlibat atau memiliki rakaman kamera papan pemuka, televisyen litar tertutup atau apa-apa rakaman lain, diharap tampil membantu siasatan,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI