fbpx

Mayat lelaki terapung dekat air terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat lelaki yang dijumpai terapung di kawasan rekreasi Air Terjun Lubok Degong, Kampung Chang, Bidor di sini hari ini. -FOTO: IHSAN JBPM PERAK

TAPAH – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di kawasan rekreasi Air Terjun Lubok Degong, Kampung Chang, Bidor di sini hari ini.

Mangsa, Teng Son Min, 59, dijumpai orang awam sekitar pukul 3 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah jambatan besi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, saksi menjumpai mayat tersebut ketika dia mahu mandi di air terjun berkenaan.

“Ketika ditemui mangsa masih lengkap berpakaian dan terapung di kawasan lubuk ketiga di bawah jambatan besi.

“Sepasang selipar disyaki milik mangsa ditemui di atas jambatan besi dalam keadaan rapi,” katanya di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah manakala setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI