fbpx

Isu kunci stor surau Avenham selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isu kunci stor surau Avenham selesai

KUALA SELANGOR – Isu penutupan stor di Surau Avenham Garden Eco Grandeur, Puncak Alam di sini sehingga menyukarkan aktiviti pengimarahan sempena Ramadan dianggap selesai.

Ia berikutan stor berkenaan diarahkan dibuka serta-merta oleh pihak berwajib hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa surau, Hafiz Roslan berkata, keputusan itu dicapai menerusi satu perbincangan khas bersama Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd. Raiz Radzuan.

Katanya, pertemuan tertutup itu turut disertai Pesuruhjaya Bangunan (COB),  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pemaju, Penghulu Mukim dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Avenham Garden.

“Menerusi pertemuan yang diatur polis, kawasan surau diiktiraf termasuk stor yang juga milik surau.

Berita berkaitan: ‘Jangan nafi hak kami imarah surau’

“JMB diarah membuka semula pintu stor dan menanggalkan televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang berdekatan premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan Jawatankuasa Surau Avenham Garden kesal dengan tindakan pihak tertentu yang didakwa menafikan hak mereka untuk mengimarahkan surau di perumahan elit itu.

Jelas Hafiz, dia menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terutama PDRM yang bekerjasama
menyelesaikan isu tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI