fbpx

APMM tahan enam bot Vietnam, rampasan RM7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Suffi menunjukkan imej sebahagian daripada enam bot nelayan Vietnam yang ditahan kerana disyaki menceroboh perairan negara pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Bot nelayan Vietnam terus menunjukkan belangnya cuba mencerobohi perairan negara pada ambang Ramadan tahun ini.

Begitupun Maritim Malaysia (APMM) cekap menahan enam bot nelayan Vietnam yang dikesan berada di perairan Terengganu dari Khamis hingga Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kesemua bot nelayan itu ditahan pada kedudukan 68.5 hingga 130 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

“Kesemua bot nelayan Vietnam itu ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Redang dan KM Gemia yang sedang melakukan rondaan penguat kuasaan di perairan Terengganu.

“Tangkapan kali ini melibat 57 nelayan Vietnam yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 61 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Muhamad Suffi berkata, dua daripada 57 suspek itu dikesan positif Covid-19 dan ia kes pertama melibatkan tahanan nelayan Vietnam sejak penularan Covid-19 pada awal tahun 2020.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, APMM berjaya merampas 15 tan ikan pelbagai jenis, 50 kilogram sotong kering, 3,000 liter minyak diesel, peralatan menangkap ikan dan enam bot yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM7 juta. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI