fbpx
Tangkap layar kebakaran kontena di Pelabuhan Barat, semalam.

12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Sebanyak 12 kontena berisi pelbagai barangan musnah dalam kebakaran di Pelabuhan Barat, semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.37 petang sebelum tiba 18 minit kemudian.

Katanya, seramai 34 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari 10 balai bomba dan penyelamat (BBP) terlibat dalam operasi pemadaman yang masih berlangsung sehingga kini.

Antara BBP terlibat termasuk Pelabuhan Barat, Andalas, Kota Anggerik, Petaling Jaya, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Puchong, Subang, Serdang dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

“Laporan awal lapan unit kontena terbakar dan disusun secara empat tingkat.

“Setakat pukul 9.30 malam tadi, sebanyak 12 unit kontena dengan lapan muatan telah dikenalpasti seperti alat ganti, alatan muzik, baby walker, minyak pelincir dan benang, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kerja-kerja mengalihkan kontena yang belum terbakar sedang dilakukan dan kebakaran tidak melibatkan mangsa. -KOSMO!ONLINE

POPULAR