fbpx

Wanita berhenti kerja selepas diminta buka seluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman perbualan seorang majikan yang didakwa meminta pekerja wanitanya membuka seluar di sebuah kedai.

PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa terpaksa berhenti kerja di sebuah kedai menjual barangan di sebuah daerah di Perak kerana menerima gangguan seksual daripada majikannya.

Menerusi perkongsian di laman sosial Nursyahmimi aina, dia mendakwa, gangguan tersebut mula dialaminya sejak lapan bulan lalu.

Selain itu, wanita itu turut dimalukan oleh majikannya apabila dia dituduh mencuri dan diberhentikan kerja.

“Aku dah lama sabar sepanjang lapan bulan lebih dengan sikap dia yang gatal. Setiap hari kena gangguan seksual.

“Disebabkan nak tutup salah dia, dia beritahu orang ramai yang aku telah diberhentikan kerana mencuri di dalam kedai dia,” katanya.

Lebih dasyat, wanita tersebut juga berjaya merakamkan perbualan majikan yang memintanya untuk membuka seluar ketika sedang bekerja di kedai berkenaan.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai menasihatkan agar wanita itu mencari kerja baharu dan segera membuat laporan polis.

“Takpa kak, esok datang kedai saya, tunjuk semua video ni ya. Geram pula aku tengok orang macam ini,” kata tarakshimuka.

“Berhentilah kerja di situ, cuba cari kerja kat tempat lain. walaupun sekarang susah untuk dapat kerja tetapi boleh cuba daripada terjadi apa-apa yang tidak diingini,” ujar _qxwxex.

“Saya pun ada pengalaman macam ni. Tua dah pun dan sudah berbini dua. Itupun masih nak menggatal dengan pekerja. Cukup setahun bertahan, berhenti sajalah,” seloroh Eisya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI