fbpx

Rusia ‘tarik diri’ daripada kerjasama di ISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunduran Roscosmos dari kerjasama di ISS adalah susulan sekatan Barat ke atas Rusia sejak sebulan lalu. - Urdu Point

MOSCOW – Rusia mengumumkan penamatan kerjasama di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) sehingga sekatan yang diketuai Barat susulan pencerobohan ke atas Ukraine ditarik balik, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Ketua Agensi Angkasa Lepas Rusia (Roscosmos), Dmitry Rogozin berkata, ia tidak akan lagi bekerjasama dengan rakan kongsinya, termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan Agensi Angkasa Eropah (ESA).

Rogozin mendedahkan langkah itu di Twitter dan berkata, beliau akan menyerahkan jadual waktu untuk menyiapkan projek semasa kepada Kremlin.

Penamatan itu dibuat selepas beberapa minggu ancaman, kelewatan dan projek yang dibatalkan oleh Roscosmos sejak gelombang sekatan diperkenalkan ke atas Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Kebanyakan angkasawan di atas ISS kini sudah kembali ke Bumi dengan menaiki penerbangan Soyuz milik Rusia.

“Sekatan oleh AS, Kanada, Kesatuan Eropah dan Jepun adalah bertujuan untuk menyekat aktiviti kewangan, ekonomi dan pengeluaran perusahaan teknologi tinggi kami.

“Sekatan ini mahu membunuh ekonomi Rusia, menjerumuskan rakyat kami ke situasi terdesak dan kelaparan serta berniat menjatuhkan negara ini.

“Disebabkan itu saya percaya bahawa pemulihan semula hubungan antara rakan kongsi kami di ISS serta projek bersama lain mungkin akan berlaku dengan penarikan semula sepenuhnya sekatan sedia ada,” tulis Rogovin di Twitter.

ISS diduduki oleh kru dari pelbagai negara dengan kebanyakannya dari AS dan Rusia sejak November 2000. Ia tidak dimiliki oleh satu negara dan merupakan program kerjasama antara Eropah, AS, Rusia, Kanada dan Jepun, demikian menurut ESA. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI