fbpx

Permainan United amat membosankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IHEANACHO (kanan) melakukan rembatan untuk meledak gol buat Leicester ketika seri 1-1 dengan United di Old Trafford awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Gary Ne­ville menghentam taktikal pe­ngurus pasukan itu, Ralf Rangnick yang menyebabkan kelab tersebut cuma seri 1-1 dengan Leicester City di Old Trafford awal pagi semalam.

Keputusan itu menyukarkan The Red Devils untuk me­rebut empat slot ke pentas Liga Juara-Juara musim depan apabila ketika ini sekadar meng­huni kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Neville yang mempunyai 602 kaps bersama United, kecewa kerana Rangnick memilih Bruno Fernandes sebagai pe­nyerang utama dalam kese­belasan utama berbanding Marcus Rashford yang diletakkan di bangku simpanan.

“Keyakinan Rashford amat rendah ketika ini selepas tidak diberikan ruang berada dalam kesebelasan utama. Rangnick perlu bertanggungjawab terhadap keputusan ini.

“Permainan yang amat membosankan daripada Uni­ted hari ini (awal pagi semalam). Saya menjangkakan sesuatu yang berbeza selepas rehat aksi antarabangsa yang mungkin dapat memberikan peluang buat United.

“Malangnya masih lagi si­tuasi yang sama. Ini akan menjadi bulan yang panjang buat para pemain dan penyokong-penyokong United jika mereka terus beraksi buruk seperti ini,” kata Neville.

United yang turun tanpa kelibat Cristiano Ronaldo kerana masalah kesihatan, gagal mendominasi aksi babak pertama yang dilihat lebih banyak dikuasai Leicester.

Ia berterusan pada awal babak kedua apabila The Foxes membuka tirai jaringan menerusi Kelechi Iheanacho pada minit ke-63 sebelum Fred menyelamatkan maruah United dengan gol penyamaan tiga minit kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI