fbpx

Penyampai radio mohon maaf siar azan lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dimuat naik Mohd. Safwan di laman Facebooknya yang tular sejak malam tadi.

TAWAU – Seorang penyampai radio tempatan memohon maaf selepas tersilap menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya, semalam.

Mohd. Safwan Junit dalam hantarannya dilaman sosial Facebook mengaku tersilap menyiarkan azan sebanyak dua kali iaitu pada pukul 6.16 dan 6.20 petang.

“Saya, Mohd. Safwan Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam “Syoknya Hujung Minggu” melakukan kesilapan teknikal yang mana azan maghrib disiarkan dua kali iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 petang dikumandangkan lebih awal dari waktunya menyebabkan ramai dalam kalangan warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal waktu,” katanya.

Jelasnya, beliau secara peribadi dan rendah hati memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tidak diduga itu.

“Kesilapan ini adalah kesilapan dari diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM. Yang baik datangnya daripada ALLAH dan yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Mohon ‘share’ permohonan maaf ini,” katanya.

Pengakuan secara terbuka itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah ada yang memuji tindakannya berani membuat pengakuan secara terbuka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI