fbpx

Pengedar daun ketum akhirnya tertangkap lepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (tiga dari kanan) menunjukkan ubat batuk dan daun ketum yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Gua Musang hari ini. /FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Selepas dikejar polis sejauh 55 kilometer, dua lelaki yang membawa daun ketum dan ubat batuk akhirnya berjaya diberkas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dalam semak di hadapan Balai Polis Paloh, Paloh 2 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang berusia 30 dan 32 tahun tetap cuba melarikan diri sejauh 100 meter meskipun sudah terbabit kemalangan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian itu, sepasukan anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang membuat pemeriksaan ‘snap check’ di Felcra Panggong Lalat di sini pada pukul 11 pagi.

Menurutnya, anggota polis telah menahan sebuah kereta jenis Proton Inspira dipandu suspek untuk pemeriksaan, namun pemandunya bertindak memecut kereta menghala jalan Gua Musang.

“Polis terus mengejar kereta tersebut melalui kawasan felcra menuju bandar Gua Musang dan memasuki kawasan Paloh 2.

“Selepas hampir 55 kilometer mengejar, kereta yang dinaiki kedua-dua suspek telah merempuh sebuah kenderaan orang awam menyebabkan terbabas dalam semak di hadapan balai polis. Mereka kemudian cuba melarikan diri sejauh 100 meter sebelum polis menahan kedua-dua lelaki itu,” katanya pada sidang akhbar di IPD Gua Musang di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, pemeriksaan di dalam kereta telah menjumpai 14 bungkusan plastik hitam mengandungi 140 kilogram daun ketum bernilai RM1,400 dan satu beg hitam berisi 100 botol ubat batuk berharga RM2,000.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, bekalan daun ketum itu dipercayai dibawa dari Kedah sebelum ia diseludup dan dijual di selatan Thailand.

“Ujian saringan air kencing mendapati pemandu kereta yang berusia 30 tahun positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod jenayah berkait kes dadah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI