fbpx

Kes kanak-kanak berdiri pada tingkap kereta dirujuk DPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi merbahaya tiga kanak-kanak berdiri pada tingkap sebuah kereta yang sedang bergerak di Ipoh minggu lalu.

IPOH – Polis telah melengkapkan siasatan berhubung rakaman aksi berbahaya tiga kanak-kanak berdiri pada tingkap sebuah kereta yang sedang bergerak di jalan raya pada 22 Mac lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan kes itu juga telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan dan tindakan selanjutnya.

“Kita telah tahan suspek atau bapa kepada tiga kanak-kanak itu untuk siasatan dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan kes di peringkat kita (polis) telah selesai dan dirujuk untuk penelitian pihak pendakwaan. Kita sedang menunggu arahan lanjut berkaitan kes itu,” katanya di sini.

Terdahulu, pada 24 Mac lalu, tular video memaparkan tiga kanak-kanak berpakaian seragam sekolah mengeluarkan separuh badan melalui tingkap kereta jenis Mercedes-Benz ketika kenderaan itu sedang bergerak di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI