fbpx

Luahan Pembaca : Kena ganti puasa walaupun sudah bayar fidyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUTIPAN fidyah akan diberikan oleh pihak berkuasa agama kepada golongan fakir dan miskin. – GAMBAR HIASAN

Saudara pengarang,

Apabila tiba bulan puasa, ada banyak perkara yang sering kali dibahaskan dan antaranya ialah membayar fidyah.

Fidyah bermaksud denda ke atas seseorang Islam yang baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab tertentu atau se­ngaja melewatkan puasa ganti.

Ada beberapa golongan yang boleh menqadakan puasa dan dikenakan fidyah.

Antaranya ialah uzur daripada menunaikan puasa Ramadan sama ada sakit atau datang bulan (wanita).

Golongan lain yang boleh berbuka ialah wanita hamil yang merasa bimbang mengenai keselamatan bayi yang dikandungnya seperti berlaku keguguran.

Ibu yang menyusukan anak juga boleh berbuat demikian dengan syarat merasa bimbang ke atas kemudaratan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan anaknya.

Bagi orang yang telah me­ninggal dunia, waris bertanggungjawab menyempurnakan bayaran fidyah mengikut bila­ngan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Mereka yang bermusafir dan pesakit yang tidak menggantikan puasa pada tahun ia ditinggalkan, wajib bagi golongan ini mengqadakan puasa dan membayar fidyah.

Individu yang lambat ganti puasa hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (Ramadan), golongan ini juga perlu membayar fidyah dan mengqadakan puasa.

Antara hikmah fidyah ialah sebagai bentuk penebusan terhadap sesuatu ibadah yang tidak sempurna ketika kita melakukannya selain jalan keluar yang diajar oleh Islam bagi mereka yang menghadapi masalah atau kesukaran ketika beribadah.

Fidyah boleh dibayar kepada pihak yang menguruskan pe­ngumpulan dan pembahagiannya seperti Baitulmal, Majlis Agama Islam negeri, Pusat Pungutan Zakat dan sebagainya.

Ada ulama berpandangan hanya golongan fakir atau miskin yang berhak menerima agihan ­fidyah.

Diharapkan Ramadan kali ini memberikan keinsafan kepada kita dan Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita de­ngan menghapuskan terus virus Covid-19 di Malaysia. Amin.

Mohd. Yakop Ikram,
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI