fbpx

Iqram Dinzly pakai baju seksi, gaya menggoda sambil selawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan tindakan Iqram Dinzly berselawat sambil memakai pakaian wanita yang seksi.

PETALING JAYA – Tindakan pelakon, Iqram Dinzly memakai pakaian wanita yang dilihat terlalu seksi serta menampilkan gaya menggoda menerusi siaran langsung di aplikasi Bigo telah mendapat kecaman ramai.

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna, Ayie sejak semalam itu memaparkan tindakan melampau pelakon tersebut apabila dia turut memasang alunan selawat sebagai muzik latar videonya.

Apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah dia dikatakan seperti mempersendakan kesucian agama Islam dan makna selawat kerana mengalunkan bacaan itu dengan berpakaian yang tidak sopan.

Sementara itu, Iqram juga berselawat seolah-olah dengan gaya ‘feminin’ selain turut berdiri bagi membetulkan pakaiannya sekali gus menampakkan bahagian alat sulitnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menegur perbuatannya itu kerana siaran langsung tersebut dikatakan dilakukan pada sehari sebelum bulan Ramadan.

“Apa nak jadi, makin hari makin teruk lihat tindakan Iqram ini, moga Allah jentik hatinya untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, moga Ramadan ini menjadi titik perubahannya,” luah seorang pengguna.

Selain itu, terdapat pengguna lain juga mengharapkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan kepadanya dan juga sesiapa sahaja yang cuba mencemarkan kesucian agama Islam.

“Tangkap dan beri hukuman berat bagi mereka yang sewenang-wenangnya mempersendakan Islam, selawat dah baik, tapi cara dan keadaan dalam menyampaikannya amat memalukan,” komen Azrul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI